Kepada semua peminat2 cotton,
Terlalu banyak tanya macamana nak jaga cotton ni ye? lepas basuh kecut ke? dan macam2 lagi persoalan.
Pada bulan Ogos yang lepas (14-16 Ogos 2012), Australia telah mengadakan Cotton Conference yang disertai banyak syarikat pengeluar tekstil dan pakaian dari material cotton ini. Salah satu slotnya, mereka menyampaikan tips penjagaan cotton di mana kebanyakan orang assume diri mereka faham benar tentang cotton.
Jadi di sini, pihak Aliah Apparel nak share sikit apa yang kami dapat dari sana...
Pertama sekali, anda perlu faham sifat cotton dan sifat gentiannya supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan kepada cotton setiap kali selepas menggunakannya.
Di bawah kami sediakan carta, apa sebenarnya yang terkandung dalam kain cotton yang anda pakai tu:
80-90% Vegetable Cellulose (Cellulose adalah salah satu daripada banyak jenis serat)
6-8% Water
0.5-1% Fat
4-6% Pectin (Pectin adalah seperti sejenis agent thickening yang macam dalam buat kek, jeli (untuk memekatkan). Tapi pectin dalam cotton ni adalah semulajadi seperti yang terdapat dalam buah keras ..so kalau takde buah keras nak masak..ambik je baju cotton tu bubuh dalam tu..hehe)
1-1.8% Ash
Waa...tengok2..macam boleh makan pulak baju cotton ni (jangan cuba yee!!)
Disebabkan sifatnya yang macam ni, kalau anda tak jaga cotton tu nanti dia akan naik tahi lalat la, busuk la, hapak la, dan macam2 la..(macam kita la..tak mandi..salah mandi..macam2 jadi)
Sesudah tahu dan harap2 faham dengan sifat yang terkandung dalam kain kapas anda, maka mari kita teruskan topik sebenar iaitu nak jaga macamana pulak.
1. Setelah pakai, jangan terus campak pada dalam bakul/atas lantai/atas katil/belakang pintu..perlula pastikan ianya dikeringkan dulu peluh2 dan bekas2 basah tu ---- lakukan ini sekiranya anda taknak basuh on the spot.
2. Setelah itu, sebelum dicampakkan ke washing machine..rendamlah ia ke dalam air sejuk... bukan air panas, bukan air suam.. ha best soalannya di sini..air sejuk mana tu...sejuknya dari suhu bilik dan ke bawah...
3. Sekiranya terdapat bekas tumpahan gulai ke, muntah ke, air sirap tumpah ke.. sapukan sabun (serbuk boleh/cecair pun boleh) ke atas kesan kotor tu..(ala2 dynamo) kemudian rendam sekita 20-30 minit. Sebelum angkat masuk machine, soak dulu..apa ye soak ni dalam Malay? sental eh? ke tenyeh..? Macam tula kiranya..dan buangkan air rendamanan itu.
4. Masukkan ke dalam machine, ( sebelum itu, anda perlu pastikan anda dah asingkan warna baju..jangan hitam putih coklat biru terang biru pekat satu machine..habis la kale dia nanti..), juga gunakan air sejuk (suhu bilik dan ke bawah) dan masukkan sabun yang anda beli tu (tak kira la beli di jusco ke tesco ke dan apa jenama sekali pun..asalkan ditulis situ pencuci pakaian) ke dalam machine anda yang hebat,tangkas, dan terbaik di mata dunia tu (kalau tak baik tentu anda tak beli machine tu kan kan?)
5. Pilih la gentle cycle..berlembutla dengan kain cotton anda.. kalau anda ambik yang speed hard punya... lama kelamaan rosaklah gentian cotton anda kerana dibelasah teruk2 dalam washing machine tu.
6. Sekiranya anda rajin....anda hanya pilih untuk wash je dalam washing machine tadi...lepas tu nak rinse dia..(rinse tu bilas kan) manual...dan perah pakai tangan sikit2 (tidak seperti memulas tangan si penyeluk saku)......jika tidak..habiskan saje la proses tu dalam machine tadi.
7. Dah habis diperah dalam machine, semasa masih basah2 tu.. angkat keluar dari machine dan libas2 dia...kasi straight..jgn dibiar lama2 dalam keadaan merekot bersama teman2 lain dan machine..ini untuk memastikan benang yang basah dapat ditegakkan semual (wow..betul ke ni?)
8. Tibalah masa untuk menyidai..tak habis lagi eh..baca lagi sampai habis..sekiranya anda menyidai menggunakan hanger..(penyangkut baju), hanger terbaik untuk baju cotton adalah wood hanger (penyangkut baju dari kayu).. kenapa?? Wood hanger adalah kawan baik kepada cotton dan dia tidak mengeluarkan satu elektrostatik yang akan merosakkan shape gentian cotton. Subhanallah..hebatnya ciptaan Allah sekalian. (ada soalan..kalau takde hanger kayu nak buat macamana? tak apela jangan dipaksa suami/mak/isteri/anak/nenek/atok anda pegi beli hanger tu---anda pegi la sendiri masuk hutan potong kayu bawak balik dan sidai baju cotton tu atas kayu ni..Insha Allah lebih berkat).. ...........-----------------------sangkutla seadanya.... :)
9. Kat mana pulak nak sidai baju di atas hanger tadi ni..tidak di bawah sinaran matahari terik memancar terus...perlu la di bawah kawasan yang redup tapi ada laluan udara yang baik. (tapi kalau takde bumbung...anda tunggu la dengan payung sampai kering..) ...................------------sidaila seadanya..... :)
10. Tada!! Dah kering..nak buat ape sekarang.. ( sekiranya anda belum nak pakai lagi dan taknak iron lagi..lipat la baju cotton tu dan simpan di tempat/rak terbuka.. mcamana pula kalau saye ni pengguna drawer/almari baju yang tertutup... (tula gunanya Thirstry Hippo Dry box)..kena beli ni..sebab tadi kan kita dah study bahawa cotton ni mengandungi air..kalau tak..redha je lah.. :)
11. Tips iron cotton, anda boleh pakai apa2 jenis iron pun..tahap panas yang boleh pilih dari tingkat 2-3..kalau tingkat 1 terlalu sejuk untuk cotton anda..dan baik juga sekiranya anda boleh gunakan steam iron..kalau takde biarla..tak payah spray2 air..tak perlu pun sbenarnya..buang masse..
12. Anginkan baju anda kasi dia hilang panas2 sauna tadi (lepas iron) ..dan kemudian sedia untuk dipakai lagi..
Terima kasih. Harap ilmu ini dapat dimanfaatkan rakan2 semua..sharela sekiranya rasa berguna..tegurla secara berhemah sekiranya ia merosakkan.
Cerdit:https://www.facebook.com/tips-penjagaan-baju-cotton